Pages

Wednesday 25 July 2012

Kursus 'PDK Ku Sihat'

Tarikh : 23 - 24.07.2012
Tempat : Dewan Kekwa,
               Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda
               Sungai Petani
Anjuran : JKN Kedah

Taklimat disampaikan oleh Dr Sarmiza, KPPP Kesihatan Keluarga dan staf dari JKN (Kesihatan Keluarga) bertujuan untuk menggerakan Program PKD Ku Sihat di seluruh Negeri Kedah. Kursus tersebut merangkumi sesi ceramah, lawatan ke PDK Bedong dan Aman Jaya dan sesi amali yang dijalankan di PDK tersebut.
Berpeluang mendekati kanak-kanak kelainan upaya, cara pembelajaran dan pengajaran di PDK dan kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak kelainan upaya.
Keseluruhan kursus dijalankan dengan lancar dan baik sekali walaupun di dalam bulan puasa. Syabas dan Tahniah untuk semua.






Friday 20 July 2012

Taklimat xtend (Sistem panggilan kecemasan) di KK

Tarikh : 19.07.2012
Masa   : 12.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, KK Bakar Arang
Penceramah : Pn Nurul Farhana
                       XTend Services Sdn Bhd
Taklimat dipengerusikan oleh Dr Noor Izani, KPPP Primer dan dihadiri oleh Tn Hj Azizan, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah serta semua penyelia-penyelia dan Penolong Pengawai Perubatan klinik-klinik terpilih. Turut hadir adalah Ketua Jururawat dan Jururawat Kesihatan dari semua daerah.
Taklimat tentang sistem xtend diberikan oleh Pn Nurul Farhana, Pengurus Pemasaran Syarikat Xtend.
Sistem tersebut akan dipasang di klinik-klinik terpilih di seluruh Negeri Kedah. Untuk Daerah Kuala Muda, 3 klinik terpilih iaitu KK Bakar Arang, KK Kota Kuala Muda dan KK Merbok.




Monday 16 July 2012

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia 


Tarikh  : 14.07.2012
Masa    : 2.30petang
Hari      : Sabtu
Tempat : Bilik Mesyuarat Melati, PKD Kuala Muda
Aktiviti : Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Kehadiran :  Pegawai Kesihatan Daerah
                    Pegawai Kesihatan Daerah II
                    Semua Ketua-ketua Unit

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Dr Lokman Hakim Sulaiman ke Daerah Kuala Muda untuk meningjau situasi wabak denggi Daerah Kuala Muda. Taklimat situasi wabak denggi dan langkah-langkah pengawasan dan pencegahan disampaikan oleh Dr Umai Kalsom, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda. Semua Ketua Unit dijemput hadir.





Thursday 12 July 2012

Mesyuarat Teknikal Primer PKDKM Bil 2/2012

Tarikh : 07.07.2012
Hari     : Sabtu
Masa   : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Melati, PKD Kuala Muda
Kehadiran : Pegawai Kesihatan Daerah
                    Pakar Perubatan Keluarga
                    Pegawai Perubatan dan Kesihatan
                    Semua Ketua-ketua Unit
                    Penolong Pegawai Perubatan KK
                    Jururawat Kesihatan KK

Buat pertama kali Mesyuarat Teknikal Primer ditetapkan pada hari cuti minggu disebabkan jadual ketat para Pegawai dan Pakar Perubatan yang bertugas. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih pada yang hadir. Mesyuarat pada pagi tersebut berfokuskan kepada pembentangan pencapaian Jan - Jun 2012 dan pencapaian pelan tindakan daerah.















         
Kursus 'Soft Skills' untuk Anggota Kesihatan Negeri Kedah Sesi 1/2012

Tarikh : 02-04.07.2012
Hari    : Isnin - Rabu
Tempat : Bendang Man Resort, Sik

Kursus tersebut disertai oleh 40 orang peserta dari semua daerah di Negeri Kedah. Peserta terdiri dari pelbagai kategori jawatan. Dijalankan selama 3hari 2 malam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berunsurkan nilai-nilai murni, penghayatan, keagamaan dan fisikal. Para peserta memberi maklumbalas  yang positif terhadap perjalanan kursus, ramai yang mencadangkan agar ianya dianjurkan secara berkala untuk memupuk semangat kerja yang eficient di kalangan anggota -anggota
kesihatan. Pada mereka yang berjaya menjalani kursus ini diucapkan syabas, terima kasih dan selamat maju jaya dalam kerjaya masing-masing.
Ingatlah 'Hati seorang yang bodoh terletak dimulutnya tapi mulut seorang yang bijak terletak dihatinya!!'